fbpx

Hampir 1.2 juta pelancong China lawat Malaysia setakat Mei

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara pelancong dari China yang tiba di Malaysia, baru-baru ini. - Foto FACEBBOOK TIONG KING SING

PETALING JAYA – Malaysia menerima seramai 1,185,050 pelancong dari China setakat Mei 2024 iaitu peningkatan 194 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing berkata, peningkatan itu berikutan pelaksanaan pengecualian visa antara kedua-dua negara.

“Saya menggalakkan semua syarikat penerbangan merebut peluang ini dan memperluas hubungan antara Malaysia dengan pelbagai negara untuk menyediakan lebih banyak kemudahan dan pilihan untuk pelancong selain mewujudkan situasi menang-menang,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Dalam pada itu, King Sing turut mengumumkan pelancaran penerbangan terus pertama AirAsia dari Ningbo, China ke Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu, Sabah.

“Ia akan beroperasi sebanyak tiga kali seminggu menggunakan pesawat Airbus A320 dengan kapasiti 180 tempat duduk. Usaha ini akan membantu menarik pelancong terutama dari Wilayah Zhejiang serta wilayah lain di China,” jelasnya.

Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pengecualian visa 30 hari untuk pelancong dari China dan India mulai 1 Disember 2023.

Sementara itu, China juga bersetuju melanjutkan pengecualian visa untuk pelancong Malaysia daripada 15 kepada 30 hari sempena sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik antara Malaysia dan China. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI