fbpx

‘Faisal Halim memang hebat, kuat semangat’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Faisal (kiri) melakukan sujud syukur sebelum memasuki padang untuk sesi pemanas badan. - Foto FACEBOOK

PETALING JAYA – Kemunculan Faisal Halim pada perlawanan separuh akhir Piala FA malam tadi mengakhiri penantian seluruh penyokong bola sepak negara.

Menerusi klip video di media sosial, Faisal dilihat menerima tepukan gemuruh ketika memasuki padang di stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Dalam pada itu, Faisal atau mesra dengan panggilan Mickey turut melakukan sujud syukur sebelum memasuki padang untuk sesi pemanas badan.

Sehubungan itu, rata-rata penyokong bola sepak negara mengakui sebak melihat keadaan terkini dan semangat pemain itu meskipun belum pulih sepenuhnya.

“Sebak tengok Faisal. Semoga Allah berikan kesembuhan kepada Faisal,” kata Norizan.

“Selepas kejadian baru kenal dia, kuat semangat dia ini. Allah uji hamba yang hebat sahaja. Faisal mmg hebat dan teruskan perjuangan anda,” ujar Aisyah.

Dalam pada itu, seorang pengguna dikenali sebagai Aisyah berkata, ia bukan sesuatu yang mudah untuk Faisal kembali ke padang dalam masa tiga bulan.

“Faisal seorang yang sangat kuat semangat. Ramai jangka beliau akan kembali pada tahun depan,” jelasnya.

“Tengok hari ni (Faisal) dah ada dalam senarai pemain. Anak muda patut contohi semangat beliau. Tak semua orang mampu kuat seperti beliau,” luah Fathi.

Pada 5 Mei lalu, Faisal menjadi mangsa simbahan asid oleh individu tidak dikenali di sebuah pusat beli-belah di sini sehingga perlu menjalani empat pembedahan.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan penantian peminat bola sepak untuk menyaksikan aksi lincah Faisal dijangka berakhir apabila namanya disenaraikan dalam perlawanan menentang Terengganu, malam tadi.

Bagaimanapun, pemain itu hanya akan memulakan permainan di bangku simpanan ekoran bintang kelahiran Pulau Pinang itu baharu saja menyertai latihan semula. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI