fbpx

EPL: Smith Rowe nekad selamatkan karier

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SMITH ROWE muncul pemain termahal dibeli oleh Fulham selepas melengkapkan perpindahannya dari Arsenal. - FB FULHAM FC

LONDON – Emile Smith Rowe menganggap perpindahannya ke Fulham sebagai langkah tepat untuk menyelamatkan kariernya dan terus berkembang menjadi pemain lebih baik pada masa akan datang.

Smith Rowe diumumkan sebagai pemain baharu Fulham dengan nilai £34 juta (RM195.9 juta), iaitu nilai perpindahan terbesar pernah dilakukan The Cottagers.

Selepas bergelut untuk mendapatkan minit permainan bersama Arsenal ekoran beberapa masalah kecederaan, kini dia berharap tempoh kontrak lima tahunnya di Fulham mampu menghadirkan sinar buat kariernya.

“Akhirnya saya berada di sini dan saya cukup gembira. Saya begitu teruja dan kini mahu sertai pasukan serta rakan sepasukan lain secepat mungkin.

“Apabila mendengar projek kelab, bercakap dengan pengurus dan melihat pemain sedia ada, saya jelas begitu teruja. Jadi, ini pastinya langkah tepat buat diri saya untuk terus maju,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Operasi Fulham, Tony Khan melabel Smith Rowe sebagai pemain muda berbakat dan tidak sabar untuk menerima kehadirannya di Portugal bagi menyertai rakan-rakan lain dalam aksi pramusim.

Pengurus Arsenal, Mikel Arteta juga dihimpit perasaan bercampur baur ketika melepaskan khidmat pemain tengahnya itu dan berharap Smith Rowe mampu memanfaatkan kesempatan kali ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI