fbpx

EPL: Sanusi bakal jadi senjata rahsia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SANUSI berjaya mempamerkan aksi cemerlang sepanjang kempen pramusim kali ini menyebabkan Howe bersedia memberikannya lebih banyak peluang. - AFP

YOKOHAMA – Pengurus Newcastle United, Eddie Howe gembira melihat perkembangan pemainnya dan kini sudah pun mempunyai ‘senjata rahsia’ untuk memburu kejayaan dalam kempen Liga Perdana Inggeris yang akan buka tirai tengah bulan ini.

Selain beberapa pemain berpengalaman lain, Howe merasakan bintang mudanya,Trevan Sanusi mampu memainkan peranan lebih besar buat The Magpies selepas cemerlang sepanjang aksi pramusim di Jepun kali ini.

Pemain berusia 17 tahun itu tampil dengan aksi meyakinkan ketika Newcastle menang 4-1 ke atas Urawa Red Diamonds sebelum ini dan kualiti dimiliki Sanusi jelas memberikan kelegaan dan pilihan lebih banyak buat Howe.

“Selain berbakat besar, dia juga cukup bijak ketika mengawal bila. Dia memiliki banyak helah yang boleh dikeluarkan dalam sesuatu perlawanan.

“Saya begitu teruja melihat aksinya kerana dia sudah pun mempunyai asas yang baik untuk terus ditingkatkan. Jadi, sekarang terpulanglah kepada kami dan dia sendiri bagaimana untuk mengembangkan lagi bakat yang dimilikinya,” katanya.

Howe berpendapat Sanusi mampu mengikut jejak seorang lagi pemain muda, Lewis Miley yang mula mencuri tumpuan sejak diberi peluang bermain musim lalu.

“Sudah tentu Liga Perdana Inggeris adalah berbeza khususnya dalam aspek fizikal dan itulah yang dia perlu terus perbaiki lagi.Tetapi untuk pemain muda, apa yang dia tonjolkan adalah sesuatu yang begitu mengujakan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI