fbpx

Demi Moore ketuai kempen kentut 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOORE melancarkan buku bergambar tentang kentut. - Foto Instagram/@demimoore/Variety/GettyImages 

LOS ANGELES, CALIFORNIA – Bintang Hollywood terkenal, Demi Moore melancarkan kempen menghapuskan pantang larang tentang kentut, lapor portal berita The Sun UK semalam.

Pelakon itu bergabung tenaga dengan pengasas bersama produk kecantikan Wonderbelly, Lucaz Kraft untuk membangkitkan kesedaran mengenai kentut.

Moore, 61, turut mempromosikan buku bergambar bertajuk ‘An Adult’s Guide To Farts’ atau dalam bahasa Melayu bermaksud, ‘Satu Panduan Orang Dewasa untuk Kentut.’

“Kentut. Kita semua melakukannya. Jadi, marilah kita bercakap mengenainya,” tulisnya di platform Instagram.

Sebagai penyokong kesihatan usus, Moore mendedahkan bahawa dia akan menjadi pelabur dalam syarikat Kraft.

Dia turut memuji syarikat itu kerana melakukan usaha penting bagi meningkatkan kesedaran tentang gangguan makanan dan menghilangkan stigma berhubung fungsi badan termasuk kentut. 

“Satu bacaan mengenai kentut yang bertujuan membuat pembaca tersenyum, mendapat lebih banyak maklumat dan berasa kurang malu tentang tubuh mereka,” katanya kepada majalah People. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI