fbpx

Budak 3 tahun mahir main biola dipuji 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan Tomi bermain biola dengan lagu ‘Selamat Hari Lahir’ untuk datuknya. - TikTok

SINGAPURA – Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun di Singapura mengundang perhatian ramai selepas memainkan biola sempena meraikan hari jadi datuknya, lapor saluran berita 8 Days semalam. 

Menerusi rakaman yang dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @violinyixuan, kanak-kanak lelaki bernama Tomi itu memainkan lagu ‘Selamat Hari Lahir’ menggunakan biola miliknya. 

Lebih mengejutkan apabila alunan gesekan biola itu kedengaran sempurna dan ‘kemas’. 

Tomi juga dilihat bermain alat muzik itu tanpa rasa kekok, meskipun usianya sangat muda. 

Rakaman itu menjadi tular di media sosial dan meraih lebih 214,200 tontonan. Rata-rata netizen tersentuh dan memuji bakat yang dimiliki kanak-kanak tersebut. 

“Saya lihat anak buah saya, terus saya mengeluh,” kata seorang netizen. 

“Hadiah hari jadi yang paling menyeronokkan,” puji netizen lain. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI