fbpx

Bayi Korea Utara dilahirkan cacat akibat ‘penyakit hantu’ 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tapak ujian nuklear Pyunggye-ri di Korea Utara pada 2018. - Pen News

PYONGYANG – Sebilangan kanak-kanak Korea Utara yang tinggal berhampiran tapak ujian nuklear Kim Jong-un dilahirkan tanpa tanpa dubur, jari kaki atau tangan akibat keadaan digelar ‘penyakit hantu’, lapor portal berita MailOnline kelmarin. 

Menurut seorang pembelot, Lee Young-ran, penyakit mengerikan itu melanda wilayah berhampiran tapak ujian Punggye-ri dan membunuh serta mengubah bentuk fizikal bayi. 

Doktor juga dikatakan tidak dapat mengesan atau merawat penyakit itu.

“Di daerah Kilju, orang ramai menderita akibat penyakit itu dan tidak tahu mengapa. Di hospital, doktor juga tidak dapat mendiagnosisnya dan kebanyakan pesakit mati. 

“Ia tidak terlalu drastik untuk mengatakan bahawa melahirkan anak tanpa dubur, jari kaki atau tangan adalah normal di Kilju. Malah, terdapat pesakit dengan pelbagai jenis kanser di setiap rumah,” kata Young-ran.

Anak lelaki tunggal Young-ran juga antara mangsa penyakit tersebut. Dia mengalami demam pada Oktober 2014 ketika berusia 27 tahun dan meninggal dunia pada Mei 2018. 

“Seorang doktor memberitahu bahawa anak saya mempunyai lubang di paru-parunya, berukuran sebesar 1.5 sentimeter hingga 2.7 sentimeter.

Pakar-pakar percaya bahawa radiasi adalah punca sebenar penularan penyakit itu. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI