fbpx

Barat, Jordan arah rakyat segera keluar dari Lebanon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penumpang melihat jadual penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Rafic Hariri selepas penerbangan mereka ditangguhkan atau dibatalkan di Beirut pada 29 Julai lalu. - AFP

BEIRUT – Beberapa negara Barat selain Jordan menggesa rakyatnya agar segera meninggalkan Lebanon, manakala sebilangan syarikat membatalkan penerbangan masuk dan keluar dari ibu negaranya, Beirut.

Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Beirut menggesa rakyatnya meninggalkan Lebanon menggunakan ‘sebarang tiket yang ada’.

Kerajaan Britain pula berkata, ia menghantar anggota tentera tambahan, kakitangan konsulat dan pegawai pasukan sempadan untuk membantu proses pemindahan warganegaranya, lapor Perbadanan Penyiaran Britain (BBC).

Perancis hari ini menyeru rakyatnya yang berada di Lebanon untuk meninggalkan negara itu secepat mungkin di tengah-tengah kebimbangan perang berskala penuh antara Israel dengan Hizbollah dan konflik serantau yang lebih meluas.

“Dalam konteks keselamatan yang sangat tidak menentu, kami sekali lagi mahu menarik perhatian warga Perancis bahawa penerbangan komersial secara terus dan transit (ke Perancis dari Lebanon) masih tersedia.

“Justeru, kami meminta mereka mengatur untuk tinggalkan Lebanon secepat mungkin,” kata Kementerian Luarnya dalam satu notis.

Sementara itu, Kementerian Luar Jordan turut mengeluarkan nasihat kepada rakyatnya agar meninggalkan Lebanon, manakala Kanada memberi amaran kepada warganya untuk mengelak perjalanan ke Israel di samping saranan tidak berkunjung ke Lebanon. – AFP/AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI