fbpx

Al-Fatihah, penyanyi Jay Jay meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Allahyarham Jay Jay meninggal dunia sebentar tadi kira-kira pukul 9.30 malam.

PETALING JAYA – Penyanyi popular yang juga bekas vokalis kumpulan Carefree, Jay Jay menghembus nafas terakhir di Hospital Thompson Kota Damansara di sini hari ini.

Menurut perkongsian rakan Allahyarham yang dikenali sebagai Rahman Ali  dalam Facebook, Allahyarham telah meninggal dunia sekitar pukul 9.30 malam tadi.

Berita sedih itu turut disahkan oleh penyanyi yang juga rakan artis iaitu Datuk Hattan.

Jenazah Allahyarham difahamkan sedang diuruskan oleh pihak keluarga di hospital.

Sebelum ini Jay Jay atau Mohd. Fauzi Darus, 67, pernah menjalani pintasan jantung akibat saluran tersumbat di Institut Jantung Negara (IJN) pada Mei lalu.

Penyanyi Joget Angan Tak Sudah itu tidak boleh menggerakkan tangan dan kaki kanannya seperti biasa selepas menjalani prosedur tersebut.

Difahamkan, doktor mendapati ada sesuatu mengganggu saraf otak yang menyebabkan penyanyi itu mengalami angin ahmar buat sementara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI