fbpx

64 syarikat dibenar kutip sumbangan orang ramai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Sebanyak 64 Syarikat Berhad Menurut Jaminan (SBMJ) telah memohon dan mendapat kelulusan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi mengutip sumbangan daripada orang ramai.

SBMJ adalah syarikat awam yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 2016 tanpa modal saham dan beroperasi bukan bertujuan mendapatkan keuntungan.

Ketua Pegawai Eksekutif SSM, Datuk NorAzimah Abdul Aziz berkata, pihaknya sentiasa berusaha meningkatkan ketelusan dalam proses kutipan sumbangan oleh SBMJ.

Susulan itu, SSM mengambil inisiatif memaparkan senarai SBMJ yang mendapat kelulusan menteri atau pendaftar untuk mengutip sumbangan orang ramai.

“Inisiatif ini bertujuan memudahkan orang awam menyemak status terkini SBMJ yang berdaftar dan diberi kelulusan untuk melaksanakan kutipan sumbangan.

“Sebelum ini, hanya senarai SBMJ yang berdaftar di bawah Akta Syarikat 2016 dipaparkan di Portal SSM,” katanya, hari ini.

Katanya, inisiatif ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan SSM untuk membantu orang awam membuat keputusan dengan mengetahui bahawa sumbangan mereka akan disalurkan kepada entiti yang mematuhi peruntukan undang-undang yang ditadbir SSM.

“Setakat ini, sebanyak 64 SBMJ telah memohon dan telah mendapat kelulusan untuk mengutip sumbangan daripada orang ramai,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI