fbpx

Banjir: 36 mangsa ditempatkan di dua PPS di Tanjung Malim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SITUASI banjir ekoran hujan lebat berterusan di Tanjung Malim hari ini. - Foto IHSAN APM

TANJUNG MALIM – Dua pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka bagi menempatkan 36 mangsa banjir melibatkan Kampung Sri Behrang, Behrang, Kampung Ketoyong dan Kampung Leonardo di sini petang tadi.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Daerah Muallim, Kapten (PA) Shahrizal Husin berkata, mangsa di Kampung Sri Behrang dipindahkan pula ke PPS Dewan Kampung Pauh Behrang Stesen.

“Sementara itu, mangsa banjir di Kampung Ketoyong dan Kampung Leonardo ditempatkan di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Khir Johari.

“PPS Dewan Kampung Pauh menempatkan lima mangsa membabitkan sebuah keluarga, manakala PPS SMK Khir Johari pula menempatkan 31 mangsa daripada enam keluarga,” katanya di sini hari ini.

Jelas, hujan masih berlaku di kawasan berkenaan dan tidak menolak kemungkinan terdapat pertambahan mangsa banjir di kedua-dua PPS tersebut.

Hujan lebat berterusan selama lima jam hari ini menyebabkan banyak kawasan rendah di daerah ini dinaiki air. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI