fbpx

30 penumpang tergantung kereta kabel dipanah petir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan kereta kabel ‘tergantung’ pada ketinggian 3,244 meter selepas dipanah petir. - Jam Press Vid

ROM – Kira-kira 30 pelancong nyaris terbunuh selepas kereta kabel yang dinaiki mereka mengalami masalah teknikal akibat dipanah petir, lapor akhbar Daily Mirror. 

Kejadian berlaku di kawasan kereta kabel Freccia nel Cielo, sebuah gondola yang merentasi banjaran Gunung Tofane di utara Itali. 

Panahan petir itu menyebabkan ia mengalami kerosakan teknikal dan meletupkan fius. 

Menurut pihak berkuasa, kesemua mangsa terkandas pada ketinggian 3,244 meter ketika kereta kabel itu memulakan perjalanan dari stesen, sekitar pukul 4 petang (waktu tempatan). 

Pengurus syarikat kereta kabel, Roberto Rimoldi berkata: “Kesan yang dirasai oleh penumpang mungkin disebabkan oleh penyerap hentakan”.

Kejadian itu berakhir kira-kira pukul 8 malam (waktu tempatan) apabila mangsa berjaya diturunkan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI