fbpx

Zon ekonomi khas sempadan Malaysia-Thailand terus diperkukuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar (tengah) bersalaman dengan delegasi Thailand semasa tiba di Jamuan Makan Tengah Hari Dihoskan Oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Utama, Kompleks Apam Putra di Pejabat Tanah dan Jajajah Pasir Mas, Pasir Mas hari ini. Foto oleh KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN/KOSMO!

PASIR MAS – Kerajaan akan memperkukuh dan memberi tumpuan kepada zon ekonomi khas, pembangunan makanan halal dan industri getah di kawasan sempadan Malaysia-Thailand.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, zon ekonomi itu sudah ada di dalam Pertumbuhan Segi Tiga Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT) dan ia akan terus diperkukuhkan.

Menurutnya, zon ekonomi itu merupakan komponen utama dalam hubungan kerjasama antara Malaysia dan Thailand termasuk sebahagian daripada kawasan Sumatera, Indonesia.

“Zon ekonomi itu sudah ada di dalam IMT-GT, kita hanya perkukuhkan kerana selama ini ia malap.

“Kita akan memberi tumpuan khas mengenai perkara ini kerana melibatkan soal sempadan Malaysia dan Thailand yang ketika ini sangat kritikal,” katanya pada sidang akhbar selepas Jamuan Makan Tengah Hari Dihoskan Oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Utama, Kompleks Apam Putra di Pejabat Tanah dan Jajajah Pasir Mas di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Anwar memberitahu, zon ekonomi khas itu melibatkan hubungan keselamatan, kegiatan rakyat, kemudahan ekonomi dan pendidikan dan kerjasama kebudayaan kedua-dua negara.

Menurutnya, sehubungan itu, Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan akan mengadakan mesyuarat dengan Menteri Luar Thailand dalam memastikan kerangka zon ekonomi khas dapat dijayakan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI