fbpx

Video tular pandu kereta: Bapa, anak akan didakwa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video remaja lelaki pandu kereta secara melulu yang tular di media sosial.

SEPANG – Seorang lelaki dan anaknya yang memandu kereta Perodua Viva di kawasan Taman Putra Impiana di Puchong, dekat sini, sehingga tular akan didakwa .

Ketua Polis Daerah Sepang, Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, kertas siasatan sudah dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR).

Beliau berkata, tarikh pendakwaan belum lagi ditetapkan dan akan diputuskan dalam masa terdekat.

“Kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun itu yang membawa adiknya menaiki kereta akan didakwa mengikut Seksyen 39 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 39(5) Akta Pengangkutan 1987.

“Manakala, bapanya pula akan dituduh mengikut Seksyen 39 (5) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya ketika dihubungi.

Katanya, hukuman Seksyen 39(5) Akta Pengangkutan Jalan 1987 menetapkan pesalah boleh dikenakan denda tidak melebihi RM2,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Wan Kamarul Azran berkata, pertuduhan juga akan dibuat bersama dengan kertas siasatan jenayah selepas pegawai penyiasat melaksana tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI