fbpx

‘TikToker’ mengeluh kos melancong ke Singapura mahal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DE BREE berbelanja RM5,122 hanya untuk kos makanan di Singapura. - Foto Stomp

SINGAPURA – Seorang pesohor TikTok mengaku membelanjakan lebih SGD$9,000(RM30,679) semasa melancong ke Singapura selama lima malam, lapor portal berita Stomp kelmarin.

Dalam klip video pada 25 Julai lalu, wanita Amerika Syarikat (AS) berkenaan yang dikenali sebagai Tour De Bree berkata, hotelnya mengenakan bayaran penginapan sebanyak SGD$1,200 (RM4,000) semalam.

Harga itu menyebabkan dia berbelanja sebanyak SGD$6,000 (RM20,455) untuk penginapan lima malam.

Rakaman video itu menunjukkan dia tinggal di hotel Resorts World Sentosa.

“Penginapan Airbnb diharamkan di Singapura. Jadi semua hotel sangat mahal,” kata wanita tersebut.

Menurutnya, dia membayar kira-kira SGD$800 (RM2,732) untuk pengangkutan.

Wanita berkenaan juga membelanjakan sebanyak AS$1,500 (RM5113) untuk makanan.

“Adakah Singapura patut dilawati? Ya! Tetapi, adakah ia berbaloi dengan harganya?

“Tidak,” kata De Bree. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI