fbpx

‘Suami minta saya tunggu kepulangannya’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jenazah Muhammad Firdaus Abdull Fatah (gambar kecil) akan dibawa balik dari Bintulu serta disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Parit Jay Matang Jelutong Bagan Serai.

BAGAN SERAI – “Suami kata dia akan pulang dua minggu lagi dan minta saya tunggu kepulangannya,”.

Demikian kata Siti Rashidah Sharif, 31, isteri kepada Muhammad Firdaus Abdull Fatah, 39, yang maut dalam kejadian letupan membabitkan sebuah kapal berhampiran pelantar minyak di perairan Bintulu pada malam semalam.

Menurut Siti Rashidah, kata-kata berkenaan diungkap suaminya ketika mereka berbual kira-kira pukul 9 malam, dua jam sebelum insiden letupan itu berlaku.

Katanya, ketika itu suami tidak menunjukkan sebarang perubahan.

“Saya telah dihubungi rakan sekerjanya sekitar pukul 12.30 tengah malam, yang memaklumkan suami ditimpa kemalangan dan berada dalam keadaan kritikal.

“Bagaimanapun, dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, saya dimaklumkan suami telah meninggal dunia. Waktu itu saya baru sampai di Ipoh,” katanya di sini hari ini.

Siti Rashidah berkata, Muhammad Firdaus merupakan anak ketujuh daripada 10 beradik dan mereka telah mendirikan rumah tangga selama 12 tahun namun belum dikurniakan zuriat.

“Saya dimaklumkan proses bedah siasat akan dilakukan pada pagi esok di Hospital Bintulu. Selepas urusan selesai, jenazahnya akan dibawa balik ke Bagan Serai dan terus disolatkan di Masjid Jamek Permaisuri Tuanku Hajah Haminah Matang Jelutong dan selepas itu akan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Parit Jay,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI