fbpx

Seorang maut, dua cedera rumah dirempuh lori treler

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba mengangkat mayat seorang wanita yang meninggal dunia selepas rumahnya dirempuh sebuah lori treler di Kampung Ketapang Hilir Pekan hari ini.

PEKAN – Seorang wanita maut manakala dua lagi penghuni rumah cedera selepas kediaman mereka dirempuh treler yang terbabas di Kampung Ketapang Hilir di sini awal pagi ini.

Kejadian kira-kira pukul 4.30 pagi  itu turut menyaksikan sebahagian rumah runtuh itu.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, sepasukan bomba dikejarkan ke lokasi mendapati sebuah treler muatan barang terbabas dan melanggar sebuah rumah.

“Mangsa yang maut ditemukan di bawah treler dan dikeluarkan menggunakan peralatan menyelamat.

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM) sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya di sini hari ini.

Tambahnya pemandu lori dan dua lelaki dewasa yang berada di dalam rumah berkenaan turut mengalami kecederaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI