fbpx

Seekor lagi harimau kumbang ditangkap di Jalong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Harimau kumbang masuk perangkap dipasang Perhilitan Perak di Ladang Jalong, Sungai Siput hari ini.

SUNGAI SIPUT – Seekor lagi harimau kumbang berjaya ditangkap selepas memasuki perangkap yang dipasang oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak di Ladang Jalong di sini hari ini.

Pengarah Perhilitan Perak, Yusoff Shariff berkata, haiwan liar dianggarkan berusia empat tahun dengan berat sekitar 45 kilogram (kg) itu berjaya diperangkap awal pagi.

“Pada 26 Julai lalu seekor harimau kumbang jantan masuk perangkap yang dipasang di lokasi sama. Tangkapan harimau kumbang ini adalah yang ketiga selepas harimau belang jantan berusia dua tahun dengan berat 75.5 kg pada 7 Julai lalu,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, harimau kumbang yang dipercayai dari Hutan Simpan Bukit Kinta itu dibawa ke Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (NWRC), Sungkai untuk dirawat sebelum dilepaskan semula ke habitat asal. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI