fbpx

Ramai jadi ‘barua’ sindiket pemerdagangan di Laos

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SEPANG – Jika sebelum ini dalang kegiatan pemerdagangan manusia di Myanmar sering kalinya dikaitkan golongan Cina dengan ramai mangsa juga dari kalangan kaum tersebut.

Ironi, jenayah yang serupa berlaku di negara jirannya pula, Laos menyaksikan penglibatan majoriti besar oleh masyarakat Melayu sendiri yang aktif menjadi geng tali barut sindiket.

Perkara itu dibongkar oleh aktivis Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO), Azirul Syafiq Sazali berdasarkan kes mangsa yang diselamatkan dari sana.

“Kawasan tumpuan mereka ketika ini ialah Segi Tiga Emas, yang terletak di Sungai Mekong bersempadan Myanmar dan di sini ramai barua adalah orang Melayu pula,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Mengulas lanjut, Azirul Syafiq memberi amaran keras kepada sindiket terbabit yang sanggup menjadi ejen dan broker untuk menghancurkan masa depan ramai belia Melayu.

“Kami minta anda agar sila berhati-hati kerana MHO tahu siapa diri kamu dan sila segera menghentikan jenayah terkutuk ini sebelum ditangkap,” tegasnya.

Azirul Syafiq turut mengingatkan tali barut tersebut supaya ada sifat kemanusiaan serta jangan sesekali bertindak menjadi pengkhianat kepada bangsa dan negara sendiri.

Katanya, dia menyifatkan pembabitan geng Melayu itu disebabkan mereka tamak mengejar laba komisen dan langsung tidak peduli tangisan sedih ahli keluarga mangsa di tanah air. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI