fbpx

Ramai anak Pulau Pinang daftar Program Anak Emas Simpan SSPN Prime

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Siew Kim (empat dari kanan) dan Norliza (tengah) bergambar bersama penerima sumbangan Program Anak Emas di Mydin Bukit Mertajam, hari ini.

PETALING JAYA – Program Anak Emas melalui Simpan SSPN Prime yang bermula 15 Januari lalu menyaksikan sebanyak 2,162 akaun Simpan SSPN Prime baharu dibuka atau dibuat penambahan simpanan dengan jumlah RM216,200 setakat 30 Jun tahun ini.

Exco Pembangunan Sosial, Kebajikan dan Hal Ehwal Bukan Islam Negeri Pulau Pinang, Lim Siew Khim berkata, program tersebut dilaksanakan oleh Kerajaan Pulau Pinang dengan kerjasama Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)

Menerusi program itu, sebanyak RM100 daripada RM200 bayaran bantuan secara `one-off’ oleh kerajaan Pulau Pinang kepada bayi berumur dua tahun ke bawah diberikan untuk pembukaan akaun atau penambahan deposit Simpan SSPN Prime

“Program Anak Emas melalui Simpan SSPN Prime merupakan bukti keprihatinan kerajaan negeri dalam meningkatkan kesedaran masyarakat tentang literasi kewangan. Ia juga sebagai tanda penghargaan kerajaan negeri kepada penerima Program Anak Emas.

“Penabungan dari awal usia sangat penting agar anak-anak tidak bergantung kepada pinjaman untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, Pengerusi PTPTN, Datuk Seri Norliza Abdul Rahim dalam kenyataan sama berkata, PTPTN berharap Simpan SSPN akan menjadi pilihan terbaik kepada ibu bapa kerana simpanan secara konsisten penting untuk masa depan pendidikan yang terjamin.

“Saya menyeru kepada semua agensi awam dan swasta untuk menjadikan Simpan SSPN sebagai insentif atau hadiah bagi penganjuran aktiviti atau program yang bersesuaian,” ujarnya.

Syarat untuk memohon Program Anak Emas adalah anak warga Malaysia, pendaftaran perlu dilengkapkan sebelum anak berumur dua tahun dan salah seorang kepada ibu atau bapa kepada anak yang dilahirkan mesti berdaftar dalam Suruhanjaya Pilihan Raya sebagai pengundi di Pulau Pinang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI