fbpx

PRK DUN Nenggiri: Penyokong BN, PN mula berhimpun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penyokong PN berjalan kaki sejauh lebih satu kilometer untuk ke lokasi yang dibenarkan untuk mereka berhimpun. Foto oleh AIMUNI TUAN LAH/KOSMO!

GUA MUSANG – Penyokong Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (BN) mula berkumpul untuk memberi sokongan kepada calon-calon parti mereka di pusat penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri di Dewan Perdana, Kompleks Perdana, Majlis Daerah Gua Musang di sini hari ini.

Tinjauan Kosmo! mendapati, kedua-dua penyokong parti itu mula berhimpun seawal pukul 7 pagi tadi mengikut kawasan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa.

Turut kelihatan petugas keselamatan termasuklah anggota polis sibuk mengawal lalu lintas dan melaksanakan tugas-tugas lain bagi memastikan keselamatan berada pada tahap terbaik sepanjang proses berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo pula berkata, walaupun jalan ditutup, keadaan lalu lintas lancar dan terkawal.

Katanya, anggota trafik telah ditempatkan bagi mengawal dan melancarkan keadaan lalu lintas.

“Kita berharap pengguna jalan raya dapat merancang perjalanan kerana laluan utama akan ditutup kira-kira 5 jam bermula pukul 7 pagi,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI