fbpx

PRK DUN Nenggiri: Calon BN, PN tiba di pusat penamaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Azmawi Fikri (dua dari kanan) semasa tiba di pusat penamaan calon di Dewan Perdana, Kompleks Perdana, Majlis Daerah Gua Musang dekat Gua Musang hari ini. Foto oleh AIMUNI TUAN LAH/KOSMO!

GUA MUSANG – Calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang mewakili Perikatan Nasional (PN), Mohd. Rizwadi Ismail melepasi pagar pusat penamaan pada pukul 8.46 pagi untuk menyerahkan borang pencalonan bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri.

Beliau yang ditemani pencadang dan penyokong terus memasuki Dewan Perdana, Kompleks Perdana, Majlis Daerah Gua Musang di sini kerana laluan utama ditutup hari ini.

Sebelum itu, Mohd. Rizwadi tiba di kawasan penyokong parti kira-kira pukul 7.20 pagi sebelum beliau solat hajat yang diimamkan Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man di Masjid Taman Mesra sebelum berarak sejauh 500 meter ke Dewan Perdana.

Turut mengiringi calon ialah Timbalan Pengerusi PN, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, Pengarah Operasi PRK Nenggiri, Tan Sri Annuar Musa dan Pengerusi PN Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.

Sementara itu, Calon Barisan Nasional (BN), Mohd. Azmawi Fikri Abdul Ghani berarak bersama penyokong tiba di pekarangan dewan penamaan pada pukul 9.03 pagi.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah turut mengiringi calon.

Suasana di kawasan penamaan calon meriah dengan kehadiran ribuan penyokong daripada kedua-dua parti yang menunggu lebih 50 meter dari kawasan dewan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI