fbpx

Polis siar senarai 329 nombor telefon scammer

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CONTOH nombor telefon yang digunakan oleh scammer. – KHAOSOD

BANGKOK  – Polis Thailand menerbitkan senarai 329 nombor telefon yang digunakan oleh kumpulan penipu (scammer) warga China untuk memperdayakan mangsa, lapor laman berita Thaiger hari ini.

Polis meminta orang ramai membuat aduan segera sekiranya mereka menerima panggilan menggunakan nombor-nombor telefon tersebut.

Senarai itu diterbitkan oleh Polis Bahagian Siasatan Wilayah 2 semalam. 

Polis berjaya menahan beberapa warga China yang terlibat dalam memasang kotak SIM untuk kumpulan pusat panggilan itu. Semasa serbuan, banyak kotak SIM dan 329 nombor telefon berkaitan telah dirampas.

Polis menekankan kepentingan orang ramai untuk sentiasa berwaspada. 

“Sekiranya anda pernah dihubungi melalui nombor ini dan mengalami kerugian, sila laporkan maklumat tersebut kepada Bahagian Siasatan,” kata polis.

Pihak polis juga menonjolkan teknologi canggih yang digunakan oleh kumpulan-kumpulan penipu tersebut.

Kotak SIM boleh memintas langkah keselamatan telekomunikasi tradisional, menjadikannya sukar bagi pihak berkuasa untuk mengesan panggilan. 

Teknologi ini membolehkan penipu kelihatan seolah-olah mereka sedang menelefon daripada nombor tempatan, meningkatkan kemungkinan memperdayakan  sasaran mereka. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI