fbpx

PM tinjau projek tebatan banjir Sungai Kelantan di Tunjong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar (tengah) mendengar taklimat mengenai kemajuan semasa PLSB Sungai Kelantan Fasa 1 di Tunjong, Kota Bharu hari ini. - FOTO ROSMIZAN RESDI

KOTA BHARU – Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim melawat Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Kelantan Fasa 1 di Tunjong, di sini hari ini.

Beliau tiba di tapak projek berkenaan kira-kira pukul 3.45 petang diiringi Menteri Besar, Datuk Mohd. Nassuruddin Daud; Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Anwar meluangkan masa kira-kira 15 minit bagi mendengar taklimat berkaitan kemajuan semasa projek PLSB Sungai Kelantan Fasa 1 oleh Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Mejar (K) Datuk Dr. Ahmad Anuar Othman.

Media sebelum ini melaporkan projek PLSB fasa 1 yang dilaksanakan sejak 2018 itu melibatkan peruntukan bernilai RM699 juta. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI