fbpx

Kematian Ismail Haniyeh: Perjuangan ini tidak akan terpadam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shamsul Anuar mewakili Kerajaan Malaysia memberikan penghormatan terakhir kepada Almarhum.

PETALING JAYA – Ribuan jemaah dari pelbagai negara dan rakyat tempatan mengiringi perjalanan akhir pemimpin kanan Hamas, Ismail Haniyeh ke Tanah Perkuburan Founding Imam Bandar Lusail, Doha.

Upacara tersebut turut dihadiri oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah yang bertindak sebagai Ketua Delegasi Malaysia mewakili kerajaan ke pengebumian Haniyeh.

“Perjuangan rakyat Palestin tidak akan terpadam. Sebaik selesai solat Jumaat di Masjid Imam Muhammad Ibn Abdul Al Wahhab Doha Qatar dan dihadiri oleh ribuan jemaah daripada pelbagai negara dan rakyat tempatan.

“Saya dibawa oleh Wakil Kedutaan Malaysia di Doha mengiringi jenazah yang suci, pemimpin syahid Mujahid Ismail Haniyeh ke tempat istirehat terakhirnya untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Founding Imam Bandar Lusail, Doha pada jam 1 tengah hari waktu tempatan.

“Upacara pengebumian syuhada, Ketua Biro Politik Hamas dilakukan dengan kehadiran orang ramai serta penyertaan pemimpin Arab dan Islam dari pelbagai negara,” katanya malam ini.

Shamsul Anuar berkata, mewakili Kerajaan Malaysia, beliau telah memberikan penghormatan terakhir kepada Haniyeh.

Ujarnya, dengan kehadiran ribuan orang ramai sewaktu solat jenazah dan di pengebumian Almarhum, jelas menunjukkan nilai penghormatan yang tinggi kepadanya sebagai pemimpin teragung Palestin.

“Sudah pasti, perjuangannya akan diteruskan dalam usaha membebaskan Palestin daripada cengkaman Zionis dan sebuah negara merdeka.

“Bersama saya mewakili Kerajaan Malaysia ialah Senator Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof dan Pegawai Pegawai daripada Kementerian Dalam Negeri serta Pegawai Pegawai Kedutaan Malaysia di sini,” katanya.

Katanya, delegasi Malaysia tiba di Hamad International Airport pada Jumaat pukul 6 pagi waktu tempatan dan disambut oleh pihak Kedutaan Malaysia.

“Terima kasih atas bantuan semua pegawai-pegawai kedutaan yang bertungkus lumus melaksanakan perjalanan ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI