fbpx

Peniaga wanita rugi hampir RM200,000 ditipu ‘pegawai polis’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PONTIAN – Seorang peniaga wanita berusia 44 tahun mengalami kerugian RM188,350 selepas ditipu individu menyamar sebagai pegawai polis.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mohammad Shofee Tayib berkata, pihaknya menerima laporan dari mangsa pada pukul 11.30 pagi semalam.

Katanya, hasil siasatan mendapati mangsa menerima panggilan daripada suspek pada 21 Julai lalu dengan memberitahunya terlibat dengan kes penipuan dalam talian.

“Suspek mengarahkan mangsa memindahkan semua wang yang dimiliki ke dalam akaun kononnya milik juruaudit Bank Negara (BNM) atas alasan bagi siasatan.

“Mangsa yang ketakutan membuat dua kali pindahan sebanyak RM188,350 ke dalam akaun Mule yang diberikan oleh suspek pada 26 Julai ,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Tambah Mohammad Shofee, mangsa juga diarahkan suspek untuk menghapuskan segala bukti pindahan wang dilakukan serta perbualan antara mereka berdua.

“Mangsa yang memiliki syarikat penyewaan jentera berat mula menyedari diperdaya apabila mendapati wang yang dipindahkan itu tidak dikembalikan kepadanya semula,” ujarnya.

Katanya, kes telah disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.  – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI