fbpx

Pelajar perempuan kena cabul di Taman Melati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Seorang pelajar perempuan berdepan detik cemas apabila dicabul seorang lelaki warga asing dalam kejadian di Jalan Melati 1, Taman Melati, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail berkata, pihaknya menerima laporan kejadian tersebut sekitar pukul 4.41 petang.

Katanya, kejadian melibatkan seorang remaja berusia 18 yang juga pelajar tingkatan enam dan ketika kejadian mangsa berjalan seorang pulang ke rumahnya.

“Mangsa kemudian menjerit meminta pertolongan sebelum diselamatkan orang ramai yang berada di kawasan berhampiran.

“Pada masa sama, suspek melarikan diri sebelum berjaya diberkas di Stesen LRT Taman Melati,” katanya hari ini.

Jelas beliau, suspek lelaki warga asing berusia 32 tahun itu ditahan reman selama empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI