fbpx

Pekerja pasar raya maut, rempuh kereta buat pusingan U

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN motosikal ditunggang Muhammad Johan selepas merempuh sebuah kereta yang membuat pusingan U dalam kejadian di Kilometer 33.5 Jalan Kluang-Ayer Hitam dekat sini malam tadi.

BATU PAHAT – Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh sebuah kereta yang membuat pusingan U di Kilometer 33.5 Jalan Kluang-Ayer Hitam dekat sini malam semalam.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sanio berkata, kemalangan tersebut berlaku pada pukul 10.15 malam melibatkan motosikal mangsa dengan sebuah kereta dipandu seorang wanita.

Katanya, kejadian dipercayai berlaku semasa kereta yang dipandu wanita tempatan berumur 44 tahun sedang membuat pusingan U dari arah sebuah kedai makan di sebelah kiri jalan Ayer Hitam untuk ke arah Parit Raja.

“Kemudian datang motosikal ditunggang mangsa, Muhammad Johan Ja’afar berusia 25 tahun dari arah yang sama tidak sempat mengelak dan terlanggar bahagian tepi sebelah kanan kereta tersebut.

“Akibat pelanggaran itu, mangsa yang beralamat di Kampung Melayu, Batu 9, Ayer Hitam dan bekerja di sebuah pasar raya mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Shahrulanuar lagi, pemandu kereta tersebut pula tidak mengalami sebarang kecederaan dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 iaitu kesalahan menyebabkan kematian kerana memandu melulu atau membahayakan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI