fbpx

Olimpik Paris: Klaver akui ‘terpaksa’ sertai olahraga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KLAVER mendedahkan bahawa beraksi dalam dunia olahraga kerana dipaksa oleh ibunya sebelum minat itu tumbuh. - AFP

PARIS – Dianggap sebagai salah seorang atlet tercantik pada Sukan Olimpik Paris 2024, pelari 400 meter (m) Belanda, Lieke Klaver mampu menjadi pencabar kepada bintang balapan Jerman, Alica Schmidt.

Meskipun dia tidak meraih sebarang pingat menerusi acara 4x400m berganti-ganti wanita pada Olimpik Tokyo tiga tahun lalu, namun pengalaman itu mampu menjadi azimat buatnya dalam saingan di Paris kali ini.

Selain hebat di atas balapan, atlet berusia 25 tahun itu juga sebenarnya merupakan personaliti media sosial apabila sering memuat naik kandungan video di akaun TikTok miliknya dan memiliki 700,000 pengikut di Instagram.

Klaver menjelaskan, dia pada awalnya langsung tidak berminat dengan olahraga kerana lebih terarah ke bidang nyanyian dan tarian sebelum disarankan oleh ibunya supaya menceburkan diri dalam sukan.

“Secara jujur, saya sebenarnya lebih berminat kepada bidang hiburan, terutamanya tarian, tetapi ibu meminta saya untuk menyertai sukan kerana beliau sering melihat saya berlari bersama abang.

“Pada awalnya, saya hanya memberikan fokus kepada acara 100m dan 200m. Bagaimanapun, jurulatih memberikan saranan supaya saya beralih ke acara 400m berdasarkan ketinggian yang dimiliki,” katanya.

Sebagai rekod, Klaver hadir ke Olimpik Paris dengan rekod yang cukup baik apabila memenangi pingat emas dalam acara 4x400m ketika beraksi pada Kejohanan Olahraga Dalam Dewan Dunia di Rom, Itali Jun lalu. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI