fbpx

Manchester United semakin hampir ikat pemain buruan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
UGARTE menjadi pilihan Ten Hag untuk memperkuatkan jentera tengah United bagi menghadapi saingan musim depan. - AFP

PARIS – Manchester United semakin hampir untuk mendapatkan pemain yang mereka inginkan, Manuel Ugarte selepas Paris Saint-Germain bersedia melepaskan pemain itu dengan status pinjaman ke Old Trafford.

Skuad kendalian Erik Ten Hag merancang untuk menguatkan bahagian tengah pasukan itu menyebabkan pemain antarabangsa Uruguay itu menjadi pilihan dan sasaran utama mereka.

Ugarte menyertai PSG dari Sporting Lisbon pada musim panas lalu selepas menolak tawaran Chelsea mungkin akan terus gagal mendapat peluang di Parc Des Princes apabila PSG bersedia untuk membawa masuk pemain Benfica, Joao Neves.

Situasi itu menyebabkan Ugarte berminat untuk berhijrah ke Old Trafford, namun United yang berniat untuk membelinya secara kekal terpaksa menangguhkan rundingan ekoran nilai perpindahan £60 juta (RM350.20 juta) dianggap terlalu tinggi.

Bagaimanapun, akhbar berpengaruh di Perancis, L’Equipe mendedahkan PSG sudah bersetuju dengan tawaran pinjaman satu musim penuh dengan sejumlah bayaran selain bersedia memasukkan terma perpindahan kekal ke Old Trafford.

Jendela perpindahan kali ini menyaksikan United berjaya membawa masuk dua pemain, Joshua Zirkzee dan Leny Yoro, namun sebelum musim bermula mereka terpaksa berdepan krisis kecederaan.

Selain Yoro yang perlu berehat selama tiga bulan, mereka juga terpaksa melupakan khidmat penyerang, Rasmus Hojlund untuk tempoh enam minggu menyebabkan mereka perlu mendapatkan beberapa lagi pemain baharu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI