fbpx

Malaysia, Thailand percepat bina Jambatan Kedua Sungai Golok-Rantau Panjang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar (kanan) menemani Srettha semasa menandatangani buku log kehadiran di Dewan Utama, Kompleks Apam Putra di Pejabat Tanah dan Jajajah Pasir Mas, Pasir Mas hari ini. Foto oleh KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN/KOSMO!

PASIR MAS – Kerajaan Malaysia dan Thailand bersetuju untuk mempercepatkan pembinaan Jambatan Kedua Sungai Golok-Rantau Panjang di Rantau Panjang, dekat sini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara tersebut merupakan antara yang dibincangkan dengan rakan sejawat dari Thailand, Srettha Thavisin semasa melawat Kompleks Kastam, Imigresen, Kuarantin (CIQ), Sungai Golok, Thailand hari ini.

Menurutnya, selain itu, kedua-dua negara turut bersetuju menyegerakan kerja-kerja pembersihan Sungai Golok yang merupakan usaha untuk membantu mengurangkan risiko banjir.

“Apabila hubungan peribadi baik, hubungan kedua-dua negara baik rakyat akan dapat manfaat,” katanya semasa berucap pada Jamuan Makan Tengah Hari Dihoskan Oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Utama, Kompleks Apam Putra di Pejabat Tanah dan Jajajah Pasir Mas di sini hari ini.

Hadir sama, Srettha dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd. Nassuruddin Daud. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI