fbpx

Lima pusat pelacuran, dua pusat hiburan diarah tutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Struktur haram dibina dalam premis pusat pelacuran dirobohkan dalam Operasi Tindakan Khas sekitar Kuala Lumpur, kelmarin.

KUALA LUMPUR – Kegiatan maksiat di ibu kota terus dibanteras habis-habisan apabila lima pusat pelacuran dan dua pusat hiburan digempur dalam operasi di sekitar Kuala Lumpur, kelmarin.

Tindakan Khas (Operasi Pusat Pelacuran dan Pusat Hiburan) itu dijalankan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bersama Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar (JKAS).

DBKL dalam kenyataan berkata, sebanyak lima pusat pelacuran serta dua pusat hiburan telah dikenakan tindakan tutup serta merta di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan Akta Hiburan (WPKL) 1992.

“DBKL juga turut mengeluarkan enam notis kompaun di bawah UUK Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (WPKL) 2016 dan UUK Pelesenan Petempatan Makanan (WPKL) 2016.

“Selain itu, lima notis penguatkuasaan di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 serta 3 Notis Pemberitahuan Tentang Kesalahan di bawah Akta Hiburan (WPKL) 1992,” katanya dalam hantaran di Facebook.

DBKL turut memaklumkan telah merobohkan struktur dalaman pusat pelacuran yang didirikan tanpa mendapat kelulusan dan menyita segala barangan yang berkaitan dengan perniagaan.

Tegasnya, kesemua barangan yang disita telah dibawa ke Setor Sitaan Jalan Lombong, Taman Miharja Cheras, Kuala Lumpur untuk tindakan rekod dan dokumentasi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI