fbpx

Letupan kapal: Dua maut, seorang cedera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota paramedik memeriksa mangsa letupan membabitkan sebuah kapal di pelantar minyak berhampiran Bintulu, malam tadi.

BINTULU – Dua pekerja kapal maut dan seorang lagi cedera dalam letupan membabitkan sebuah kapal berhampiran pelantar minyak di sini.

Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Sarawak, Hendery Ardimanshah berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian kira-kira pukul 12.57 tengah malam tadi.

“Setiba di tempat kejadian, ketiga-tiga mangsa didapati tidak sedarkan diri.

“Dua mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala seorang lagi dikejarkan ke Hospital Bintulu untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya mangsa yang meninggal dunia hanya dikenali sebagai Muhamad Firdaus dan George, manakala mangsa cedera dikenali sebagai Ahmad Zahid. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI