fbpx

Lelaki baling batu dari Stesen Monorail Imbi sudah ditangkap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kejadian baling batu dipercayai dilakukan lelaki tidak siuman di Stesen Monorail Imbi, Jalan Imbi, Kuala Lumpur, semalam.

 

KUALA LUMPUR – Polis telah menahan lelaki yang membaling batu kearah sebuah kenderaan dalam kejadian berhampiran Stesen Monorail Imbi, Jalan Imbi, di sini, semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Superintenden Nuzulan Mohd Din berkata, tangkapan tersebut dibuat pada pukul 5.30 petang tadi.

“Suspek lelaki tempatan berusia 55 tahun telah berjaya ditangkap di kawasan berdekatan Stesen Monorail tersebut.

“Reman akan dibuat esok bagi tujuan siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan ringkas malam ini.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan satu pasangan kekasih berdepan detik cemas apabila kereta yang dinaiki dibaling bongkah batu besar ketika melalui Stesen Monorail Imbi, di sini, semalam.

Pengguna Facebook, Hui Min Chia menerusi hantarannya memaklumkan, kejadian sekitar pukul 1 petang itu berlaku apabila terdengar bunyi dentuman dari belakang kenderaan dinaiki bersama teman lelakinya.

Selepas memerhati keadaan sekeliling, wanita itu mendapati ada individu sedang membaling batu bata dari atas stesen Monorai Imbi ke bawah jalan.

Jelasnya, satu laporan polis turut dibuat agar tindakan diambil terhadap pelaku.

Susulan itu, Nuzulan mengesahkan menerima satu laporan polis lebih kurang pukul 5 petang berkenaan kejadian itu.

Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI