fbpx

Lelaki baling batu dari Stesen Monorail Imbi dicari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kejadian baling batu dipercayai dilakukan lelaki tidak siuman di Stesen Monorail Imbi, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR – Pasangan kekasih berdepan detik cemas apabila kereta yang dinaiki dibaling bongkah batu besar ketika melalui Stesen Monorail Imbi, di sini, semalam.

Pengguna Facebook, Hui Min Chia memaklumkan kejadian sekitar pukul 1 tengah hari itu berlaku apabila terdengar bunyi dentuman dari belakang kenderaan dinaiki bersama teman lelakinya.

“Sebaik sahaja turun dari kereta, kami melihat ia adalah batu-bata yang terkena cermin belakang kereta teman lelaki saya ketika kami melalui lokasi tersebut.

“Selepas memerhati keadaan sekeliling, kami mendapati ada individu sedang membaling batu-bata dari atas stesen Monorai Imbi ke bawah jalan,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Bagi menghalang kejadian sama berlaku, Min Cia berkata telah ke lokasi batu itu dibaling dan menyedari ia dilakukan oleh seorang lelaki tidak siuman dan masih membawa batu berjalan menaiki tangga lokasi sama.

“Apabila bercakap dengan polis bantuan dan kakitangan premis, mereka memaklumkan lelaki itu mengalami masalah mental dan selalu merayau di situ,” ujarnya.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Superintenden Nuzulan Mohd Din berkata, pihaknya mengesahkan laporan polis diterima berhubung kejadian itu.

Jelasnya, usaha mengesan suspek yang terlibat sedang dilakukan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Dang Wangi.

“Satu laporan polis telah diterima semalam lebih kurang pukul 5 petang berkenaan kejadian ini.

“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan,” ujarnya.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI