fbpx

Lebih 300 jemaah haji Andalusia dirai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Md. Daud (enam dari kanan) dan Ibrahim (enam dari kiri) bersama petugas haji Andalusia pada Majlis Perjumpaan Ukhuwah Jemaah Haji Andalusia Travel & Tours Musim Haji 1445H/2024M di Ampang, hari ini. - Foto oleh SYAKIR RADIN / KOSMO!

AMPANG – Lebih 300 jemaah haji kendalian Andalusia Travel & Tours pada musim haji lalu diraikan dalam Majlis Perjumpaan Ukhwah sebagai usaha mengeratkan hubungan selain bertukar pandangan sekali gus penambahbaikan kepada pengurusan ibadah sewaktu di Tanah Suci.

Majlis bermula sekitar pukul 9.30 pagi dihadiri oleh Pengerusi Eksekutif Andalusia, Datuk Md. Daud Che Ngah, Pengarah Urusan Andalusia, Ibrahim Mat Sin serta Pengarah merangkap Penasihat Undang-Undang Andalusia, Ida Riswana Idris.

Md. Daud berkata, selaku syarikat pengendali ibadah haji dan umrah yang diiktiraf Lembaga Tabung Haji (TH), Andalusia komited memastikan kebajikan setiap jemaahnya sepanjang di Tanah Suci.

“Tujuan majlis ini selain menyantuni jemaah haji Andalusia, kita juga ingin mengetahui perkembangan mereka. Lebih-lebih lagi ada yang mengadu balik daripada haji, mereka mengalami batuk dan demam.

“Selain itu semasa di Tanah Suci juga, Haji Ibrahim juga ada menegur petugas jika berlaku kesilapan. Ini menunjukkan kebajikan jemaah diambil berat oleh kami dan sesekali tidak diabaikan dengan memberi maklum balas segera,” katanya.

Beliau berkata demikian berucap pada Majlis Perjumpaan Ukhwah Jemaah Haji Andalusia Travel & Tours Musim Haji 1445H/2024M di sebuah hotel di sini, hari ini.

Md. Daud berkata, majlis itu juga inisiatif mempromosikan mengenai Andalusia kepada orang lain, seterusnya tertarik untuk memilih syarikat itu bagi melaksanakan ibadah haji atau umrah.

“Selain silaturrahim berkembang menerusi majlis ini, kita bertanya khabar dan ia akan disebarkan kepada orang lain sama ada jiran, ahli keluarga dan sebagainya.

“Jadi maklumat berkaitan Andalusia ini akan terus sampai kepada yang lain, selain penggunaan media massa sebagai promosi syarikat ini,” katanya.

Pada majlis tersebut, jemaah haji Andalusia turut berkongsi pandangan dan memberikan cadangan kepada pihak syarikat yang kemudiannya diberi penjelasan terhadap isu yang dikemukakan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI