fbpx

Koyak bahagian jantung, patah tulang belakang dilanyak gajah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MISIRAH maut selepas dipijak sekumpulan kira-kira 10 ekor gajah dalam kejadian di jalan ke kebun getah Felcra Batu 29 di Kampung Sri Lukut, Kahang pagi tadi.

KLUANG – Koyak bahagian jantung, patah tulang belakang serta pendarahan dalam perut akibat koyakan pada bahagian hati.

Itulah nasib seorang wanita warga emas yang maut selepas dilenyek sekumpulan 10 ekor gajah dalam kejadian kira-kira pukul 7 pagi tadi ketika sedang menoreh getah di Felcra Batu 29, Kampung Sri Lukut di Kahang dekat sini.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Nor berkata, mangsa, Misirah Saniman, 75, turut mengalami kecederaan patah tulang rusuk kiri dan kanan selain pendarahan dalam dada.

Lokasi kejadian serangan gajah liar

“Kejadian disedari jiran mangsa iaitu seorang lelaki berusia 64 tahun ternampak wanita berkenaan tidak sedarkan diri akibat diserang gajah. Mangsa dibawa ke Klinik Kesihatan Batu 22, Kahang sebelum disahkan meninggal dunia pada pukul 8.20 pagi oleh Pembantu Pegawai Perubatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bahrin berkata, Ketua Polis Balai Kahang bersama anggotanya pergi ke tempat kejadian tersebut yang terletak di tepi jalan utama dan siasatan mendapati terdapat kesan tapak kaki gajah liar selain menemui cermin mata dan alat menoreh getah milik mangsa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI