fbpx

Korea Selatan hantar ‘pembunuh upahan cantik’ ke Sukan Olimpik 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kim Ye-ji menjadi tular kerana menampilkan gaya bersahaja sambil berkaca mata khas seperti ‘pembunuh upahan’. - Getty Images

PARIS  –  Seorang penembak wanita Korea Selatan menjadi sensasi internet selepas mempamerkan gaya ‘pembunuh upahan cantik’ ketika bertarung dalam acara air pistol 10 meter di Sukan Olimpik Paris 2024, lapor sebuah portal berita.

Menerusi rakaman yang dimuat naik di platform X oleh akaun @TheCartelDel, penembak bernama Kim Ye-ji itu dilihat memakai kaca mata khas sambil menyeluk sebelah tangannya ke dalam saku. 

Selain memiliki kemahiran ‘menembak’, pengguna media sosial kagum dengan gaya dan reaksi Ye-ji yang tampil bersahaja.

Bukan itu sahaja, rakaman itu menjadi tular sehingga menarik perhatian Elon Musk.

“Dia (Kim Ye-ji) patut berlakon filem aksi,” kata Elon Musk dalam satu catatan di laman X. 

Ye-ji juga disamakan dengan hero fiksyen seperti James Bond dan Satoru Gojo, seorang ahli sihir dalam manga popular, Jujutsu Kaisen.

Dia merupakan pemegang rekod dunia 25 meter pistol di Kejuaraan Dunia Menembak ISSF 2024 di Baku, Azerbaijan pada Mei lalu. 

Rakaman itu mendapat lebih 37 juta tontonan dan 478,000 tanda suka. 

“Ini definisi aura yang sebetulnya,” kata netizen. 

“Dia boleh menghapuskan John Wick dengan sekali tembak,” kata netizen lain. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI