fbpx

Kerajaan Madani terus pertahan Islam, Melayu dan bahasa kebangsaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid (dua dari kanan) menyampaikan buku rekod hafazan kepada murid Tabika Tahfiz Kemas, Muhammad Kashfi Muhammad Hakim, 6 (tiga dari kanan) sempena Majlis Pelancaran Program Pra Tahfiz Kemas Kelantan di Dewan Besar Taman Agropolitan Rantau Manis di Gua Musang hari ini. Foto oleh MUSTAQIM MOHAMED/KOSMO!

GUA MUSANG – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa Kerajaan Madani adalah pihak yang sebenarnya mempertahankan soal Islam, Melayu dan bahasa kebangsaan di negara ini.

Beliau berkata, kerajaan pusat juga dilihat tegas mempertahankan kedaulatan raja-raja Melayu dengan harapan komitmen dan segala usaha berkenaan mendapat barakah daripada Allah SWT.

“Jika ada pihak menyebut Islam dipinggirkan atau kerajaan hari ini tidak lagi memberi keutamaan kepasa Islam. Itu adalah satu pembohongan yang paling besar,” katanya semasa berucao pada Majlis Pelancaran Program Pra Tahfiz Peringkat Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Kelantan di Dewan Besar Taman Agropolitan Rantau Manis, di sini hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO berkata, sejak diberikan tanggungjawab mengetuai Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, beliau telah melaksanakan tanggungjawab memartabatkan dakwah dan pembangunan Islam dengan sebaik mungkin.

Katanya, kerajaan sebelum ini telah memberikan peruntukan sebanyak RM1.4 bilion untuk program dakwah dan pembangunan Islam tetapi telah ditambah sebanyak RM500 juta melalui belanjawan tahun ini untuk menjadikan jumlah peruntukan sebanyak RM1.9 bilion bagi tujuan berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI