fbpx

Ganjaran RM2,000 jika jumpa kucing peliharaan hilang ada AIDS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
XioBai kucing jantan yang hilang sejak Selasa lalu.

PETALING JAYA – Ganjaran RM2,000 akan diberikan kepada sesiapa yang menjumpai seekor kucing jantan menghidap penyakit AIDS bernama XioBai yang hilang sejak pagi Selasa lalu.

Menurut pemiliknya yang ingin dikenali sebagai Chong, kucing berbulu putih itu didapati hilang pada pukul 5 pagi dari kediamannya di Blok C4, Aras 5, Anggerik Villa 2 Apartment, Kajang.

“Pada pagi Selasa itu, dia kemungkinan keluar dari rumah selepas mengekori ibu bapa saya membuka pintu.

“Setakat ini saya belum menerima sebarang panggilan atau makluman mengenai lokasi keberadaan XioBai yang kini berusia empat tahun.

“Saya merayu kepada sesiapa sahaja yang menjumpainya agar segera menghubungi saya di talian 017-3612270,” katanya.

Poster yang dimuat naik pemiliknya berhubung kehilangan XioBai.

Tambahnya, XioBai memerlukan penjagaan kesihatan khas kerana menghidap AIDS.

Chong berkata, dia akan memberikan ganjaran RM2,000 kepada sesiapa yang membawa kucing itu pulang dengan selamat ke pangkuan mereka sekeluarga.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI