fbpx

Faisal Halim masih fokus jalani pemulihan rapi – Exco

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Najwan (dua kanan) mengibarkan bendera kontinjen Selangor pada program itu di Dewan Raja Muda Musa, Shah Alam, hari ini.

SHAH ALAM – Pemain bola sepak kebangsaan dan Selangor FC, Faisal Halim masih menjalani pemulihan rapi sebelum dapat kembali beraksi dalam kesebelasan utama pasukan.

Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Selangor, Mohd. Najwan Halimi berkata, pemerhatian mendapati proses penyembuhan berjalan lancar dan menunjukkan hasil positif setakat ini.

“Faisal dilihat boleh sembuh lebih awal, namun bergantung sepenuhnya kepada semangatnya. Beliau menunjukkan komitmen untuk kembali bermain, tetapi kita mahu beliau fokus kepada proses pemulihan terlebih dulu.

“Status beliau akan diumumkan oleh pengurusan Selangor FC dalam tempoh terdekat,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan bendera kontinjen Selangor ke Sukan Malaysia (Sukma) Sarawak di sini hari ini.

Pada 5 Mei lalu, Faisal menjadi mangsa simbahan asid oleh individu tidak dikenali di sebuah pusat beli belah di Petaling Jaya sehingga disahkan melecur tahap empat.

Terdahulu, Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari mengumumkan Kerajaan Selangor menawarkan insentif RM10,000 kepada atlet negeri itu yang berjaya meraih pingat emas pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) kali ke-21 di Sarawak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI