PETALING JAYA – Penantian peminat bola sepak Malaysia untuk kembali menyaksikan aksi lincah Faisal Halim dijangka berakhir malam ini apabila namanya disenaraikan dalam senarai pasukan yang akan menentang Terengganu di peringkat separuh akhir Piala FA.
Bagaimanapun, pemain itu hanya akan memulakan permainan di bangku simpanan ketika bintang kelahiran Pulau Pinang itu baharu saja menyertai latihan bersama rakan sepasukan lain.
Kehadiran Faisal pastinya membangkitkan semangat seluruh pasukan untuk memburu tempat ke final.
Pada aksi pertama di Kuala Terengganu, 19 Julai lalu, Red Giants tewas 2-3. – KOSMO! ONLINE