fbpx

Dua lelaki cedera dirempuh kereta ketika joging di taman rekreasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salah sebuah kenderaan yang terbabas setelah berlanggar dengan sebuah kenderaan lain sebelum merempuh penjalan kaki di Taman Rimba, Alor Setar semalam.

ALOR SETAR – Dua lelaki cedera setelah dirempuh sebuah kereta yang terbabas akibat kemalangan di kawasan riadah di Taman Rimba, di sini semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Siti Nor Salawati Saad, kejadian pukul 7.37 malam dipercayai berlaku apabila terjadi perlanggaran antara dua kenderaan di satu persimpangan jalan.

“Siasatan pihak polis mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila salah sebuah kenderaan yang membelok ke kanan menuju ke arah Taman Golf dilanggar oleh sebuah kenderaan lain yang datang dari arah Wisma Darul Aman.

“Perlanggaran kedua-dua kenderaan di persimpangan jalan dalam kawasan Taman Rimba itu menyebabkan salah sebuah daripada kenderaan terlibat hilang kawalan dan terbabas, lalu merempuh dua lelaki yang berjoging di laluan pejalan kaki.

“Akibat daripada itu, kedua-dua lelaki berusia 24 dan 25 tahun itu telah mengalami kecederaan luka di beberapa bahagian badan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tambah beliau, sementara itu pemandu salah sebuah kenderaan terlibat yang berusia 79 tahun pula mengalami sakit pada bahagian dada dan luka lutut kiri, manakala seorang lagi pemandu kenderaan berusia 62 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.  – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI