fbpx

Budak sindrom Down maut bukan sebab didera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SUBANG JAYA – Seorang kanak-kanak sindrom Down maut dalam keadaan terlantar di atas katil dalam kediamannya di perumahan USJ 6, di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, pihaknya menerima laporan kematian kanak-kanak perempuan warga Filipina itu pada pukul 10.01 malam.

Katanya, laporan tersebut dibuat sendiri oleh ibu kepada kanak-kanak berusia 11 tahun itu.

“Hasil pemeriksaan oleh pegawai perubatan yang hadir ke tempat kejadian telah mengesahkan kematian pada pukul 7.51 malam.

“Mayat telah dibawa ke Hospital Sultan Idris Shah, Serdang untuk dibedah siasat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Rentetan itu, Wan Azlan memaklumkan ibu kepada kanak-kanak itu telah dirakam percakapan bagi membantu siasatan.

“Kanak-kanak yang meninggal dunia penghidap sindrom Down sejak lahir dan hanya terlantar di atas katil di rumahnya,” katanya.

“Hasil bedah siasat mendapati tiada sebarang unsur jenayah atau penderaan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI