fbpx

Bas ‘terbang’ jatuh atas bumbung rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBUAH bas terbabas dan jatuh di atas bumbung di Puncak Bogor. - Foto detikcom

JAKARTA –  Sebuah bas ‘terbang’ dan jatuh di atas bumbung rumah penduduk selepas terbabas di Puncak Bogor, wilayah Jawa Barat, lapor portal berita detiknews hari ini.

Ketika kejadian, bas itu membawa  rombongan sebuah keluarga dari Jakarta menuju ke sebuah vila di Cisarua, Bogor.

Ketua polis tempatan, Rizky Guntara berkata, bas membawa 30 penumpang tersebut menggunakan jalan alternatif untuk sampai ke vila di Desa Citeko. 

“Setibanya di lokasi kejadian, pemandu bus melanggar besi penghadang jalan sebelum terperosok (ke jurang) dan menghempap rumah milik penduduk,” katanya.

Kemalangan itu berlaku pada pukul 5 petang (waktu tempatan).

Dalam kejadian itu, hanya lapan orang orang mengalami kecederaan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI