fbpx

Barcelona kempunan akibat kurang dana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WILLIAMS menjadi buruan Barcelona selepas aksi cemerlang dipamerkan pada saingan Euro 2024 lalu. - AFP

BARCELONA – Barcelona dilaporkan hampir pasti mengibar ‘bendera putih’ dalam usaha mendapatkan pemain sayap sensasi, Nico Williams kerana tidak mempunyai dana yang mencukupi pada jendela perpindahan kali ini.

Perkara itu disahkan oleh calon presiden baharu Barcelona, Victor Font sekali gus menepis dakwaan yang dikeluarkan oleh presiden kelab The Catalan, Joan Laporta baru-baru ini.

Sebelum ini, Laporta mendakwa pasukannya memiliki bajet yang sesuai untuk menebus klausa kontrak Williams daripada kelab Athletic Bilbao dengan nilai sebanyak €58 juta (RM285.8 juta).

Bagaimanapun, Font yang akan menyertai Kongres Pemilihan (AGM) 2026 sebagai calon presiden kelab itu percaya apa yang dikatakan oleh Laporta hanya ‘omong kosong’.

“Secara jujur, saya harap kita (Barcelona) mampu dapatkan khidmat Williams seperti yang presiden (Laporta) katakan. Namun, realitinya berbeza (kerana tiada dana) dan sukar untuk direalisasi dalam masa terdekat.

“Mungkin kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa depan, tetapi sekarang adalah mustahil. Jikal gagal, mungkin reputasi kelab dan Laporta akan terus merudum kerana gagal menunaikan janjinya dengan menandatangani pemain terbaik negara ini,” kata Font.

Dalam masa yang sama, Barcelona yang kini dibimbing oleh Hansi Flick dilaporkan hampir pasti mendapatkan khidmat Dani Olmo selepas bersetuju dengan nilai perpindahan sebanyak €55 juta (RM271 juta) dengan kelab Red Bull Leipzig. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN