fbpx

Arsenal dahului saingan dapatkan bintang Perancis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RABIOT berstatus ejen bebas ketika ini selepas kontraknya bersama Juventus berakhir Jun lalu. - AFP

LONDON – Arsenal dilaporkan berada pada posisi teratas untuk mendapatkan khidmat bekas pemain tengah Juventus, Adrien Rabiot yang berstatus ejen bebas selepas kontraknya di Turin itu berakhir.

Pemain antarabangsa Perancis itu sebelum ini turut dikaitkan dengan perpindahan ke Manchester United, namun media di Itali mengesahkan bahawa Arsenal mungkin akan memenangi persaingan mendapatkan Rabiot.

Ibu Rabiot, Veronique yang bertindak sebagai ejen pemain itu mendakwa anaknya itu mendapat beberapa tawaran untuk destinasi baharu kariernya.

“Benar, saya sedang mengadakan rundingan dengan beberapa kelab ketika ini. Saya yang menguruskan sepenuhnya urusan kali ini, walaupun ada media yang membuat laporan tidak betul mengenai situasi semasa Adrien.

“Sejak dari awal kerjaya Adrien, saya yang bertindak untuk mengadakan semua rundingan bersama kelab dan pasukan yang berminat perlu menghubungi saya jika mereka mahukan khidmat anak saya,” kata Veronique.

Dalam muat naik di laman Instagram, Rabiot mengesahkan bahawa dia akan meninggalkan Juventus selepas kontrak berkenaan berakhir.

“Selepas lima musim di Juventus, lima tahun di Turin, saya mahu mengucapkan selamat tinggal dan terima kasih. Anda semua telah bersama saya selama tempoh tersebut, kelab ini, semua staf dan para peminat sangat luar biasa,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI