fbpx

[VIDEO] Ada ‘barang’ di tengah jalan, 12 kereta tersadai dalam gelap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan beberapa kereta tersadai di tepi jalan akibat terlanggar barang besar di tengah jalan dalam kejadian di lebuh raya Johor Bahru menghala ke Kuala Lumpur.

PETALING JAYA – Tular video memaparkan 12 kereta terpaksa berhenti di bahu jalan selepas terlanggar objek besar yang terjatuh di lebuh raya Johor Bahru menghala ke Kuala Lumpur.

Perkongsian video berdurasi 38 saat di TikTok @mamatLangsir menunjukkan bahagian depan keretanya tercalar dan kelihatan sedikit remuk akibat terlanggar objek tersebut di tengah jalan pada waktu malam.

Selain kereta individu tersebut, beberapa kenderaan lain turut memberhentikan kereta di bahu jalan kerana berdepan dengan situasi yang sama.

“12 biji kereta berhenti di tepi jalan sebab ada barang di tengah jalan, terlanggar.

“Sekarang ini saya hendak menghala ke Perak. Korang tengok kereta saya calar dan bahagian bawah tertanggal,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen rata-rata kecewa dengan keadaan lebuh raya itu yang gelap dan mereka turut berkongsian pengalaman sama ketika menggunakan lebuh raya tersebut.

“Bang saya pun gerak dari Johor Bahru-Kuala Lumpur malam tu. Kereta Mercedes merah saya pun tersadai dalam gelap kat lebuh raya gelap gelita tu. Pagi baru dapat towing,” kata amirah mohd71.

“Aku dah dua kali langgar besi kat lebuh raya Melaka-Johor ni. Aku pernah bising kat operator dan persoalkan kenapa tidak ada lampu sepanjang jalan Johor-Melaka,” kata corona_lalala.

“Lebuh raya Johor Bahru memang gelap. Selalu sangat gerak ke Kuala Lumpur malam tapi bahaya,” kata NajongAkor. – KOSMO! ONLINE

@mamatlangsirAde ape ni guysss beramai ramai tepi highway. Korang rasa mamat langsir buat ape dekat sini ? Aduh habis jahanam kereta

♬ original sound – MamatLangsir

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI