fbpx

Mimpi jadi kenyataan…

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seramai 30 pejuang kanser payudara bersama bakal jemaah umrah lain bergambar kenangan di KLIA sebelum berlepas ke Tanah Suci tengah hari tadi. Foto oleh MOHD. HUSNI MOHD. NOOR/KOSMO!

SEPANG – Mimpi jadi kenyataan buat 30 pejuang kanser payudara tahap dua, tiga dan empat apabila mereka diberi peluang untuk menunaikan ibadah umrah bermula hari ini hingga 14 Ogos ini.

Lebih manis, kebanyakan pesakit kanser ini ada yang baru pertama kali mahu menjejakkan kaki ke Tanah Suci dan mereka berharap dapat melaksanakan ibadah itu dengan sempurna.

Program umrah yang diberi nama Lambaian Umrah Syifa itu dianjurkan oleh Kelab Kanser Payudara Kelantan (Kedara) dengan kerjasama sebuah agensi pelancongan umrah.

Pengerusi Kedara, Datuk Dr. Imi Sairi Ab Hadi berkata, program ini adalah hasil cetusan ideanya bagi memberi sedikit keyakinan kepada pesakit untuk melawan penyakit itu.

Beliau yang juga Ketua Jabatan Pembedahan dan Perunding Kanan Endokrin dan Pakar Kanser Payudara Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) berkata, beliau juga turut serta dalam program umrah ini bersama tiga jururawat bagi memantau kumpulan pesakit ini.

“Apabila saya mengutarakan program ini, mereka (pesakit kanser) seperti tidak percaya kerana jarang ada doktor dan jururawat yang berani tampil ke depan.

“Kebanyakan pesakit ini tiada keyakinan untuk mengerjakan umrah kerana mereka berada di tahap tiga dan empat, sekali gus merasakan tiada peluang lagi untuk ke Tanah Suci kerana ditambah kanser yang semakin teruk,” katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI