fbpx

2,609 kes denggi, 4 kematian direkod – KKM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Jumlah kes demam denggi bagi Minggu Epidemiologi ke-30 bagi tempoh 21 hingga 27 Julai lalu dilaporkan sebanyak 2,609 berbanding 2,690 kes pada minggu sebelumnya iaitu menyaksikan penurunan sebanyak 351 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, sebanyak empat kematian akibat komplikasi demam denggi direkodkan oleh pihaknya bagi tempoh sama.

“Kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan sehingga Minggu Epidemiologi ke-30 adalah sebanyak 85,740 kes berbanding 68,651 kes bagi tempoh sama tahun tahun lalu.

“Manakala terdapat 73 kematian akibat komplikasi demam denggi telah dilaporkan berbanding 47 kematian bagi tempoh yang sama pada tahun lalu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, bilangan lokaliti hotspot yang dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-30 adalah sebanyak 96 berbanding 94 lokaliti pada minggu sebelumnya.

“Dari 96 lokaliti dilaporkan, 75 lokaliti di Selangor, Perak (lima), Negeri Sembilan (lima), Kuala Lumpur dan Putrajaya (empat), Sabah (tiga), Kedah (dua) manakala Kelantan dan Johor masing-masing satu,” ujarnya.

Jelas beliau, bagi survelan chikungunya pula, sebanyak empat kes direkodkan pada Minggu Epidemiologi ke-30 menjadikan jumlah kumulatif sehingga kini 62 kes dan tiada wabak dilaporkan.

Mengulas mengenai survelan zika, Dr. Muhammad Radzi berkata, sebanyak 1,564 sampel darah, sampel urin (lapan) serta sampel serebrospinal (tiga) telah dijalankan saringan dan hasil kesemuanya adalah negatif. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI